TIPS KILATKAN LANTAI & MEWANGIKAN RUMAH

    1. Tips Kilatkan Lantai Rumah

    Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang

    Bahan-Bahan:

    1 penutup pencuci lantai, Cuka, Air panas

    CARA : Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!


    2. Tips Wangikan Rumah

    Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

    Bahan-Bahan:

    1 penutup pelembut fabrik, Cuka

    CARA: campurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!!


    Perkongsian dari Facebook Ana Rafi

    Leave a Reply